Tips Beli Rumah Pertama Bagi Pembeli Baharu

Bagi mereka yang masih belum beli rumah lagi, sudah semestinya masih kabur tentang cara beli rumah pertama mereka. Maklumlah, orang biasa bukan selalunya membeli rumah tetapi mereka mungkin beli rumah sekali sahaja dalam seumur hidup.

Oleh kerana kebanyakan orang kurang pengalaman, maka mereka tidak tahu tips beli rumah pertama atau kurang arif dalam proses pembelian rumah sebenar. Pembelian rumah boleh menjadi mimpi ngeri jika tersilap langkah.

Tips Beli Rumah Pertama Dari Pelabur Hartanah

Pelabur hartanah mempunyai pengalaman yang banyak. Mereka sudah memahami bermacam-macam cara beli rumah dan telah menguasai strategi pelaburan hartanah. Kebanyakan pelabur hartanah pilih untuk membeli rumah mampu milik yang nilainya akan meningkat dan mereka dapat menggandakan pendapatan dengan menjual rumah tersebut dengan harga yang lebih tinggi.

Ramai pelabur hartanah juga membeli rumah untuk disewa kepada orang lain. Hartanah yang paling menguntungkan biasanya merupakan hartanah yang berdekatan dengan kolej atau universiti. Hal ini kerana kebanyakan hartanah ini boleh disewakan kepada ramai pelajar universiti.

Membeli, memiliki dan juga mendiami rumah yang selesa dan dapat memenuhi cita rasa merupakan idaman semua orang. Bagi orang biasa, tindakan untuk membeli rumah merupakan pembelian yang paling besar dan penting dalam hidup mereka.

Oleh itu, amat penting untuk pembeli rumah mengetahui pelbagai perkara-perkara yang perlu dititik beratkan dalam proses membeli rumah.

Tentukan Kemampuan Kewangan Dengan Kalkulator Loan Rumah

Kalau hendak beli rumah bukan sesuatu yang senang atau murah. Banyak kos yang terlibat dalam proses pembelian rumah seperti bayaran tempahan, wang pendahuluan, yuran guaman, duti setem dan kos-kos dokumentasi.

Jika kemampuan kewangan anda tidak dapat menanggung semua kos ini, anda akan menghadapi masalah kewangan yang sangat besar. Jika anda membeli rumah melalui pembiayaan pinjaman perumahan bank, anda juga kena membayar bayaran bulanan. Ada juga orang yang melakukan pengeluaran KWSP untuk beli rumah.

Apabila rumah sudah siap disediakan pula, anda perlu menanggung kos-kos lain seperti cukai tanah, cukai pintu, kos-kos kelengkapan rumah dan juga kerja-kerja pengubahsuaian jika diperlukan. Semua kos ini biasanya berkadar langsung dengan harga rumah. Semakin tinggi harga rumah yang dibeli, mestilah semakin tinggi kos yang akan terlibat.

Jadi sebelum membeli rumah, anda perlulah membuat kajian dan juga menentukan kemampuan kewangan sendiri untuk sediakan wang bagi membayar semua kos tersebut. Anda boleh menggunakan pelbagai cara kira loan rumah untuk menentukan julat harga rumah yang sesuai untuk anda beli.

Terdapat juga beberapa kalkulator loan rumah yang terdapat dalam talian. Kalkulator ini amat efektif dalam membantu anda untuk membuat proses kira-kira.

Cari Rumah Mampu Milik Idaman Anda

Pastikan rumah yang anda nak beli memenuhi spesifikasi dan objektif yang anda ingini. Spesifikasi untuk rumah didiami sendiri adalah amat berbeza berbanding dengan spesifikasi rumah yang dijadikan aset pelaburan. Anda juga perlu jelas dengan tujuan anda hendak beli rumah tersebut terlebih dahulu.

Beberapa faktor yang anda perlu nilai merangkumi harga rumah, jenis rumah yang anda nak beli, jenis geran rumah, pelan rumah, kelengkapan rumah, lokasi rumah tersebut, kemudahan yang berdekatan dengan rumah, jaringan pengangkutan dan juga komuniti persekitaran.

Anda boleh melawat ekspo-ekspo hartanah untuk memahami dengan lebih jelas tentang rumah yang sesuai untuk dibeli.

Pembiayaan Pinjaman Perumahan Bank

Agak mustahil bagi orang biasa untuk beli rumah secara tunai. Oleh itu, kemudahan pembiayaan pinjaman perumahan menjadi keperluan bagi mereka yang ingin membeli rumah impian mereka. Terdapat pelbagai pinjaman perumahan yang boleh dipertimbangkan.

Jika pembeli rumah beragama Islam, mereka boleh memohon untuk pinjaman Islamik yang mempunyai kelebihan tersendiri. Sebelum anda membuat keputusan untuk memohon pinjaman perumahan, anda perlu memastikan bahawa anda boleh menyelesaikan pinjaman peribadi anda.