Adakah anda berimpian hendak beli rumah pertama tetapi masih pening apabila mencari rumah yang sesuai untuk dibeli? Apaibla anda sudah dapat jumpa rumah yang sesuai untuk anda tetapi pening pula kena fikir tentang sumber kewangan untuk membeli rumah tersebut?
Anda sebenarnya sedang rugi besar jika anda masih belum memiliki rumah. Pembelian rumah boleh menjadi pelaburan yang paling menguntungkan untuk anda. Ramai orang yang berjaya menjana keuntungan dan pendapatan lumayan hasil telah membeli sebuah rumah mampu milik dan menggunakan rumah tersebut sebagai pelaburan.
Rumah Mampu Milik Merupakan Keperluan Asas
Rumah adalah salah satu keperluan asas yang paling penting dalam kehidupan setiap orang. Rumah seperti udara yang kita bernafas dan juga makanan yang kita makan. Untuk anda mempunyai sebuah tempat berteduh yang selesa untuk diri-sendiri dan juga keluarga anda merupakan satu tanda kejayaan yang boleh dibanggakan.
Rumah juga sentiasa ada permintaan sama ada untuk dibeli ataupun disewa oleh orang lain. Jika anda membeli rumah sebagai aset pelaburan, anda boleh menjual rumah tersebut atau menyewakan rumah sebagai hasil pendapatan untuk menjana keuntungan.
Selain itu, nilai rumah tersebut akan semakin meningkat juga. Jika kemudahan di sekitar rumah semakin bertambah, lebuhraya baru dibuka, stesen pengangkutan awam dibina dan pasaraya moden beroperasi, semua ini dapat meningkatkan nilai aset pelaburan yang anda beli tersebut.
Jika anda sudah yakin untuk membeli rumah, di sini ada senarai tips beli rumah pertama yang anda perlu mengetahui sebelum membeli rumah anda.
Cari & Beli Rumah Pertama Yang Berpotensi
Anda boleh mencari rumah yang berpotensi sama ada melalui carian di laman-laman web atau lawatan ke ekspo-ekspo perumahan. Anda juga perlulah memastikan bahawa lokasi rumah yang anda beli menjadi tumpuan orang lain.
Anda juga dinasihati untuk lihat reka bentuk dan lakaran pelan rumah yang anda ingin beli. Pastikan rumah tersebut mempunyai bilangan bilik yang mencukupi dan luas rumah adalah bersesuaian.
Penting juga untuk menyemak reputasi pemaju yang mengendalikan projek perumahan yang hendak dibeli. Ada pembeli rumah yang takut beli rumah sebab mereka bimbang rumah yang dibeli akan terbengkalai.
Ambil kira faktor-faktor seperti kawasan kejiranan, jarak ke tempat kerja dan akses ke kemudahan asas. Jangan lupa lawati bilik pameran bagi projek perumahan. Di sana, anda boleh dapat lebih banyak maklumat mengenai rumah yang anda hendak beli.
Dapatkan Pinjaman Perumahan Bank
Jarang orang membeli rumah dengan tunai, kecuali mereka memang kaya atau ada segelintir orang yang melakukan pengeluaran KWSP untuk beli rumah. Pengeluaran KWSP merupakan salah satu cara melalui akaun nombor dua KWSP anda.
Biasanya, orang beli rumah adalah melalui pinjaman perumahan. Untuk mencari pinjaman perumahan yang paling sesuai untuk anda, anda perlulah lawati beberapa bank untuk lihat tawaran mereka ataupun anda boleh mencari maklumat dalam talian.
Bagi pembeli rumah yang beragama Islam, anda boleh pilih untuk memohon pinjaman islamik yang ditawarkan oleh bank. Adalah pinjaman-pinjaman perumahan yang amat berbeza, anda perlulah menentukan pinjaman mana sesuai untuk anda.
Sebelum anda membuat keputusan untuk memohon pinjaman perumahan, lebih baik anda menggunakan kalkulator loan rumah untuk mengenal pasti kemampuan kewangan anda untuk miliki sebuah rumah.
Ada juga beberapa cara kira loan rumah yang lain yang anda boleh mengguna. Ia juga amat penting untuk meminta nasihat daripada keluarga atau kawan-kawan anda sebelum membuat keputusan untuk memohon pinjaman perumahan. Mereka mungkin ada pengalaman dan boleh memberi informasi berguna yang dapat membantu anda membuat keputusan yang lebih baik.
Anda juga peluh mempertimbangkan beberapa perkara sebelum anda memohon untuk pinjaman perumahan. Bank akan menyemak dokumen-dokumen dan juga meneliti pinjaman peribadi anda untuk memastikan bahawa anda merupakan pemohon yang bertanggunjawab.